"ARGHHHHHH" jeritan atuk menggegarkan satu kampung.Ditangannya terdapat sekeping surat yang ditulis oleh cucunya sendiri.
Atuk, Mikan minta maaf. Mikan nak jumpa Hotaru. Maafkan Mikan ye. Mikan janji akan balik rumah. Atuk jangan risau. Mikan ambil duit atuk sikit.
sayang, MIKAN
"Cucu....cucu aku dah lari dari rumah." terketar-ketar Sakura-san bersuara. "Simpanan aku pun dia ambil sekali"
Orang kampung yang mengerumuni rumah Mikan teruja mendengar berita itu. "Wah, beraninya dia." "Aku dah tahu dia akan buat macam tu." tak kurang juga yang berkata, " Itulah kuasa cinta."
Tokyo
Matanya bersinar-sinar sejak turun dari kereta api , mengagumi bandar moden itu. Stesen, orang yang ramai, bangunan pencakar langit dan orang yang berbagai ragam.
"Wahhhhh!! Akhirnya aku dah sampai di Tokyo!!"
Dalam masa beberapa jam, hampir 20 kedai dia singgah. Membeli dan terus membeli. Teksi ditahan sebelum dia melompat masuk ke dalam. "Akademi Alice!" ujarnya ceria pada pemandu teksi itu. Lalu teksi itu meluncur laju.
"Awak dah sampai" kata pemandu teksi itu. Mikan ditolak keluar dari teksi sebelum laju meninggalkannya sendiri.
Mata Mikan semakin bersinar-sinar apabila melihat betapa besarnya akademi tersebut. Tapi orang sekolah ni untuk budak-budak pandai. Aku ni tak pandai mana pun. Nak balik pun tak boleh, duit dah habis. Macam mana ni??! Hati berbelah bahagi. Tak!! Aku kena masuk jugak akademi ni. Aku tak boleh takut. Segalanya untuk Hotaru.Yeahh!!. Semangat disuntik ke dalam jiwa.
"Mari teruskan!!" tangan diangkat tinggi disertai laungan yang kuat. Tapi dah berubah jadi lembik sebab dia tak makan apa-apa dari semalam.
" Hai, cik adik. Buat apa sorang-sorang kat sini?"Sapaan dari belakang mengejutkan Mikan. Mungkin kerana dia terlalu naif, keinginannya untuk memasuki akademi disampaikan pada orang yang tak dikenali.
Seorang lelaki yang berambut perang sedang bersandar di pintu masuk sambil memakan buah sebelum menyedari kehadiran Mikan bersama dua orang pemuda yang mencurigakan. Uh-oh, terjumpa budak naif, dan dua penjahat. Mereka pasti orang yang menipu kanak-kanak naif memasuki sebuah sekolah yang teruk. Menyusahkan. Fikir lelaki itu. Dia berdiri dari posisi duduk.
"Apa?! Ada kelas tambahan yang boleh memastikan saya masuk ke akademi ni?" senang ditipu betul Mikan ni.
"Ye, saya pasti akademi ni akan terima awak tanpa teraga-agak. Tapi kelas tu dah penuh." ujar pemuda yang berbaju kuning pudar itu.
"Disebabkan awak terlalu comel, kami akan tolong awak." ujar pemuda yang kedua.
Bahagianya. Ujar hati Mikan. Aku dengar tempat ni teruk tapi orang dia baik rupanya. Hotaru, tunggu aku. Pemuda itu terus mengajak Mikan meniggalkan tempat itu, menuju ke kelas tambahan yang tak wujud pun.
"Tunggu dulu. Maaf mengganggu kamu ." Lelaki berambut perang itu menahan mereka dari pergi. "Awak nak bawa anak kucing ni kemana??"
" Kau siapa?? Jangan hancurkan peluang kami."
" Saya cikgu akademi ni."
"Tipu." laju saja mereka membalasnya.
". Betullah." ujar si rambut perang sekali lagi.
Dua pemuda itu kelihatan tidak puas hati." Jom, usah pedulikan dia. Tak mungkin dia cikgu." mereka cuba meyakinkan Mikan supaya mengikuti mereka.
Lelaki berambut perang itu tersenyum sinis. Muka pemuda berbaju kuning pudar itu disentuh lembut.
"Apa kata kita ucapkan selamat tinggal." ujarnya lembut.
Merah padam muka kedua pemuda itu sebelum melarikan diri.
Mikan terkedu melihat cara lelaki itu. Wajah lelaki itu diteliti.
"Nyaris-nyaris tadi. Awak pun patut balik rumah." kata lelaki itu pada gadis comel yang tidak berhenti dari meneliti wajahnya.
~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~
"Jadi nama awak Mikan Sakura,dan awak datang ke sini untuk cari rakan awak." tangan Mikan yang kecil itu dipegang.
"Ya. Terima kasih sebab selamatkan saya, Narumi-sensei!" ujar Mikan ceria.
"Baiklah. Awak rasa macam mana sekarang ni. Ada rasa pelik tak??" soal Narumi dengan perasaan ingin tahu.
"Huhh??"
Tapi aku baru je gunakan kuasa aku tadi. Dan dia nampak macam....tak terkesan langsung. Hati Narumi berteka-teki.
"Awak betul-betul nak masuk akademi ni ??" soal lelaki itu.
"Ya, saya sanggup buat apa saja dari mencuci tandas hingga kerja yang pelik-pelik." tangan ditabik gaya askar menunjukkan bahawa dia benar-benar serius.
"Saya boleh masukkan awak dalam akademi. Tapi ada sedikit ujian untuk awak. Saya yakin awak boleh lepas ujian tu."
Mikan terkejut besar. Pipi dicubit bagi memastikan ianya bukan mimpi. " JANGAN TIPU!!!"
"Saya beritahu benda yang betulla.." Narumi ketawa melihat reaksi gadis itu.
" T..ta..Tapi saya bukan 'genius' atau apa..."
"Kita cuma perlu jelaskan benda tu..'Alice' bukan bermaksud 'genius' atau apa....ia bererti 'kuasa semula jadi'...akademi ni dah kumpulkan ramai orang yang mempunyai kuasa itu. Akademi ini lebih baik dari sekolah Elite yang lain."terang Narumi.
Mikan terkedu "Jadi saya...saya pun ada 'Alice'?
"Mungkin awak ada..." Narumi tersenyum. "dan saya pun ada."
Mikan tersenyum lebar. "Tunjuk pada saya! Tunjuklah!!" teruja..
"Ok, saya akan bagi awak satu..." bunyi letupan meneggelamkan suara Narumi. Mikan terlempar agak jauh dari tempat dia berdiri sebelum itu. Narumi mengesat debu-debu yang terlekat di muka.
"Nampaknya khabar angin tu betul.Nasib baik saya yang bertugas."
Seorang kanak-kanak lelaki dengan topeng kucing dimuka sedang berdiri di atas pagar akademi.
" Dia yang paling muda tapi yang paling berbakat. Natsume Hyuuga." merujuk kepada kanak-kanak lelaki itu. "Kuasa semulajadinya adalah 'Api'."
Mata Mikan membulat "Waahhh.." kucing hitam.
"Tapi.." Narumi mengambil sebiji benih kacang dari dalam poket seluar. "Perkara ni..." benih itu bercahaya dan menjadi seutas tali. " Dah melebihi had."
Natsume melompat turun dari pagar. "NATSUME!!" jerit Narumi.
Tali yang berada ditangan digenggam kuat sebelum memukul muka Natsume menggunakan tali itu.
"Nampaknya saya dah rosakkan muka comel awak tu."
Mikan terkedu sebelum meluru kearah Natsume. "Awak okay tak?" soalnya dengan penuh kerisauan.
Natsume menggerakkan tangannya."Aku..." tangan kecil itu dipijak tanpa perasaan oleh Narumi.
"Urghh.."
sinis senyuman Narumi. "Sia-sia gunakan kuasa tu untuk lepaskan diri. Sebelum tu biar saya gunakan kuasa saya , supaya awak dimalukan lagi macam dulu."
Natsume mengetap bibir. "Cikgu gila."
"Ini adalah hukuman untuk awak.Fuhh" nafas dihembus ketelinga Natsume sebelum si kuasa Api pengsan .
Mikan tergamam sekali lagi. Kenapa dengan sekolah ni??!!
"Mikan ,selamat datang ke Alice Academy."
Pintu pagar utama akademi itu terbuka menampakkan isi dalamannya yang berupa bangunan besar bersama laman yang indah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disini segalanya berubah buat Mikan.
nantikan sambungannya lagi 2/3 minggu...hehe